HAL EHWAL STAF

Selamat datang Kepada Staf Baru ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Semua staf baru berikut telah mendaftar pada 1 mac 2010

 1. Cik Zainab bt Ali Thaha (JKE)

2. Kholilah Binti Hilaluddin (JTMK)

3. Mohd Asyraf Bin Mohd Arshad (JTMK)

4. Mohd Fairus Bin Ramlan (JTMK)

5. MOhd Razif Bin Mustapha (JTMK)

6. Nor Syahadataini Binti Awang (JTMK)

7. Norzila Binti Ishak (JTMK)

8. Nurhidayah Binti Mokhtar (JTMK)

9. Intan Izyani Binti Roslan (JTMK)

HAL EHWAL STAF

HAL EHWAL STAF

STAF DISANA SINI

SANTAPAN MINDA

Tahukah Anda

Makanan untuk Rambut Sihat

Jadilah Pendengar Yang Hebat

Aktiviti Mac-April 2010

FUTSAL JKE/JTMK

 Satu aktiviti futsal telah diadakan oleh Unit sukan JTMK/JKE pada 11 Mac 2010 yang lalu di Safira Sport Planet, Seberang Jaya dan pada 25 Mac 2010 pula satu perlawanan persahabatan futsal telah diadakan di antara staf JTMK/JKE dengan staf Kolej Komuniti Caw. Bukit Mertajam. Perlawanan diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan berkenal-kenalan sesama staf di antara politeknik dan kolej komuniti secara tidak langsung.– Hafiz Haron

FUTSAL JTMK/JKE

Pada 8 April 2010 yang lalu, Unit Sukan JTMK/JKE telah menganjurkan satu kejohanan futsal yang bertempat di Safira Sport Planet, Seberang Jaya,Pulau Pinang. Kejohanan ini disertai oleh staf-staf dari JTMK dan JKE. Oleh kerana peruntukan kewangan tidak disediakan, AJK unit sukan telah mengenakan bayaran penyertaan sebanyak RM10 bagi setiap orang peserta. Kejohanan futsal kali ini mewajibkan staf lelaki dari kedua-dua jabatan terbabit untuk mengambil bahagian, tetapi disebabkan masalah-masalah tertentu ada sebilangannya yang tidak dapat menyertainya dan ada pula yang telah membuat bayaran tidak dapat menghadirinya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi memberi sumbangan ikhlas walaupun tidak dapat turun bermain.

Seramai 28 orang staf yang mengambil bahagian terdiri dari 3 pasukan di mana perlawanan diadakan secara liga dan timbal balik. Pada perlawanan sesi pertama iaitu yang berlangsung pada 8 April 2010, komitmen para perserta bersemangat turun ke gelanggang untuk berentap sesama mereka. Antaranya ada yang datang dengan kasut baharu dan ada pula yang datang dengan kasut terkoyak dan terpaksa meminjam kasut rakan dari pasukan lain iaitu pasukan lawan. Juara kejohanan ini akan ditentukan berdasarkan mata tertinggi selepas perlawanan sesi kedua diadakan.

Keputusan untuk perlawanan sesi pertama bagi ketiga-tiga pasukan adalah seperti berikut :-

TEAM1 VS TEAM2 : 5 : 2

TEAM2 VS TEAM3 : 3 : 3

TEAM1 VS TEAM3 : 3 : 3

Perlawanan timbal-balik akan dijadualkan berlangsung pada 29 April 2010 dan diharapkan kesemua peserta turun dengan semangat yang lebih tinggi bagi memastikan kejuaraan pasukan mereka.

Diharapkan dengan adanya aktiviti sukan futsal seperti ini, dapat mengeratkan lagi hubungan di antara staf-staf jabatan JKE dan JTMK terutamanya kepada staf-staf yang baru berpindah dan staf-staf baharu yang baru melaporkan diri di politeknik ini. Sekian terima kasih.

-hafiz JTMK-

Aktiviti Mac-april 2010

Kursus Wide Area Network

Oleh: Izwan Afendi

              Kursus Wide Area Network Technology (Frame Relay) telah berjaya dianjurkan oleh Unit LPL JTMK yang diadakan di Bilik Latihan Cisco, JKE pada 29 Januari 2010 yang lalu. Kursus ini telah berlangsung dari pukul 8.30 hingga 5.00 petang yang dihadiri oleh 16 orang peserta dan dikendalikan oleh En. Mohd Syahrizad bin Elias. Kursus ini adalah sambungan dari kursus yang sebelumnya iaitu Kursus Packet Tracer 5.1 dimana pada kali ini ini para peserta telah didedahkan dengan lebih mendalam mengenai terminologi-terminologi rangkaian.

Kursus  Asas Micropemproses

Oleh: Izwan Afendi   

              Tanggal 4 Februari 2010 telah berlangsungya Kursus Asas Micropemproses di Bilik Latihan Cisco, JKE yang dikendalikan oleh Pn. Tan Siew Hua dan Pn. Huda bt Azuddin. Kursus yang berlangsung sepanjang hari ini telah dihadiri oleh 17 orang perserta dari kalangan staf JKE dan JTMK. Kebanyakan staf JTMK yang menghadiri kursus ini adalah yang mengajar subjek F4800(E)-Principal Of Microprocessor.