KELAHIRAN & STAF BARU JAN-FEB 2010

BIRTHDAY &ANNIVERSARY JAN-FEB

Resepi

Choco Banana Smoothie

Bahan-Bahan:

pisang 1-2 biji bergantung kepada
saiz pisang.
milo 3-4 sudu besar

susu segar/ susu sejat 1 cawan
gula (ikut suka)
ais batu 7-8 ketul.

Cara:

1. Masukan kesemua bahan ke dalam blender.

2. Kisar hingga semuanya sebati dan ais tadi telah  betul-betul hancur.

3. Kemudian tuangkan ke dalam gelas dan sedia untuk di nikmati.

selamat mencuba…

DONAT BERINTI

Ibunya
100 gm tepung gandum
3 sk yeast
100 gm air suam
Dicampur dan dibiarkan sebentar

Adunannya
400 gm tepung
1 sk garam 50 gm gula
150 gm susu segar
2 biji telur
1/2 sk parutan kulit limau atau lemon
1/2 sk vanilla 60 gm butter
gula icing secukupnya untuk ditabur
secukupnya minyak untuk menggoreng

1. Semua bahan diadun dengan adunan ibu,diuli dan diperapkan lebih kurang 1.30 jam sehingga adunan naik berganda.

2.Adunan dibulat-bulatkan macam membuat pau dan dimasukkan inti jem/paste kacang merah atau apa-apa yang berkenan.

3.Ketulan yang siap ditutup dengan kain dan dibiarkan 20-30 minit

4.Digoreng,ditos dan ditaburkan gula icing…..mmmmmm gebu dan sedap makan panas atau sejuk.

Resepi sumbangan: Pn. Siti Aminah

KALORI MAKANAN

PASTIKAN SEHARI

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5.. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200  kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160

JUMLAH KALORI DALAM LAUK-PAUK

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210  kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

KEJOHANAN BADMINTON JKE/JTMK

Oleh: Pn. Siti Aminah Mohd Radzi

Kejohanan badminton JKE JTMK  telah berakhir di DSM PSP pada 10 Februari 2010  lalu. Pemain terdiri dari staf lelaki iaitu dari kumpulan SUPER dan PERDANA telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Pada masa tiga minggu, pemain dapat menimba banyak pengalaman berguna daripada perlawanan tersebut, di samping lebih mengenali kemampuan lawan yang telah  ditemui dalam gelanggang saingan.

Pemain  kelihatannya bersunggguh-sungguh untuk menewaskan pihak lawan. Ini dibuktikan dengan kesungguhan mereka bersaing sehingga ada yang mengalami kecederaan ringan. Wakil editor mengucapkan  semoga cepat sembuh buat En. Mohd Najib disebabkan kecederaan yang agak serius menimpa beliau semasa permainan pada pusingan semi final. Selain kecederaan yang di alami staf mereka juga menyatakan bertambahnya keyakinan kepada diri sendiri, serta  mengetahui lebih dalam tentang kemampuan lawan dan kemampuan sendiri. Yang paling penting ialah, acara ini membolehkan mereka lebih menyedari sebarang kekurangan diri juga menambah semangat serta kekeyakinan untuk menang.

Keputusan akhir dalam kejohanan badminton JKE JTMK ini , pasukan PERDANA diwakili  Sazali/Azizul ditewaskan oleh Hairul Anuar/Rashid. Manakala juara bagi pasukan SUPER dimenangi oleh Tn.Syed/Kamarulzaman menewaskan J Sam/Sazali Husin. Tahniah dan syabbas kepada semua yang telah menunjukkan semangat kesukanan terutama  pemenang yang telah berjaya merangkul kejayaan.Bagi pemain yang tewas jangan putus asa cuba lagi di lain masa.

  

KURSUS TEAM BUILDING TASIK KENYIR

Oleh : Nasrolayuze Md Saad

Satu kursus Team Building di Tasik Kenyir , Terengganu yang melibatkan staf di JKE/JTMK bersama Unit Sukan PSP telah diadakan pada 04 Januari 2010 hingga 08 Januari 2010 lalu. Antara staf yang terlibat ialah, En. Chung boon chuan selaku fasilitator dari JKE, En.  Mohamad Lotfi b. Yaakob dan En. Abdul Majid bin  Udin selaku fasilitator dari  Unit Sukan & Ko-Kurikulum  PSP. Manakala En. Mohd Hafaif b. Murad pula adalah selaku fasilitator dari JKM. Seramai 6 orang staf dari JKE/JTMK telah terpilih sebagai peserta kursus, mereka adalah teridi daripada En. Muhammad Majdi bin Saad, En. Mohd Sazali bin Ismail, En. Shaiful Hanif bin Mat Din, En. Mohd Abdullah Sahirah bi Junoh, Tn. Syed Adnan bin Syed Othman,En.  Hairulanuar Bin rosman, En. Jasni bin Mohd Yusoff dan  En.Azman Bin Ahmad.  Dalam kursus yang berlangsung selama lebih kurang 5 hari itu pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah LDK atau “Latihan dalam Kumpulan “ yang banyak menguji minda dan fizikal setiap peserta yang terlibat. Bagi peserta yang gagal, mereka dikehendaki  membuat semula latihan tersebut. Selain itu mereka juga didedahkan dengan aktiviti memancing iaitu belajar cara-cara dan teknik yang betul  dalam memancing dan seterusnya samua peserta diuji dalam pertandingan memancing pula. Serusnya  para peserta juga diajar cara untuk membaca compass dan disertai juga dengan aktiviti “jungle tracking”. Satu lagi pengisian kursus ialah program ikthar hidup dimana semua peserta didedahkan dengan menyediakan keperluan makan sendiri didalam hutan tanpa diberi sebarang bekalan makanan & minuman serta peralatan asas. Oleh itu diakhir kursus ini semua peserta dapat mengikuti aktiviti yang dilakukan dengan sempurna dan amat berjaya.

KURSUS PERALATAN ADVANCE TELECOMUNICATION TRAINER FASA II

Oleh : Nasrolayuze Md Saad

Kursus  untuk Fasa I telah diadakan pada 2009 dimana peserta kursusnya adalah terdiri daripada Pn. Faizah Bt Utar@Mokhtar, En Mohd Syahrizad B. Elias dan Pn Zainab Bt. Yusof . . Kursus Peralatan Advance Telecomunication Trainer Fasa II pula telah diadakan di Global business Park ,Seksyen 19, Petaling Jaya, Selangor.  Kursus yang dibahagikan kepada  2 siri itu telah bermula pada  4 Januari 2010 hingga 8 Januari 2010 bagi siri-1. Manakala untuk siri-2 pula ia diadakan pada 18 Januari 2010 hingga 22 Januari 2010 dimana ia disertai oleh  En. Mohd Syahrizad B. Elias ,En. Abdul Rashid Alias, En. Shaiful Hanif Mat Din, En. Nor Alam Mahmud, Pn Aidawati Zakaria dan Cik Norisniyati Abdul Hamid. Kursus tersebut juga merupakan anjuran daripada Sektor Pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian TInggi Malaysia.  Kursus yang mendedahkan tentang penggunaan peralatan-peralatan Telecomunication terkini yang diimport dari Korea itu adalah bertujuan  bagi memudahkan proses P&P yang akan dilaksanakan di setiap politeknik yang berkenaan dimana kursus ini telah dikendalikan sendiri oleh pembekal  peralatan tersebut iaitu Galaxy Group Sdn.Bhd. Sebanyak 8 buah politeknik telah tepilih untuk menjalani kursus berkenaan, ia terdiri daripada Politeknik Kota Bharu (PKB), Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’zam Shah (POLIMAS), Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PMSZA), Politeknik Tuanku Syed Sirajudin (PTSS), dan Politeknik Seberang Perai (PSP).