MOTIVASI

Good day to Everybody!

Health:

1.    Drink plenty of water.
2.    Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner
         like a beggar.
3.    Eat more foods that grow on trees and plants and eat less
         food that is manufactured in plants.
4.    Live with the 3 E’s — Energy,  Enthusiasm, and Empathy.
5.    Make time for prayer.
6.    Play more games.
7.    Read more books than you did in 2008.
8.    Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9    Sleep for 7 hours.
10.  Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk,  smile.

Personality:

11.  Don’t compare your life to others’. You have no idea what
         their journey is all about.
12.  Don’t have negative thoughts or things you cannot control.
         Instead invest your energy in the positive present moment.
13.  Don’t over do. Keep your limits.
14.  Don’t take yourself so seriously. No one else does.
15.  Don’t waste your precious energy on gossip.
16.  Dream more while you are awake.
17.  Envy is a waste of time. You already have all you need.
18.  Forget issues of the past. Don’t remind your partner with  his/her
        mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19.  Life is too short to waste time hating anyone. Don’t hate
        others.
20.  Make peace with your past so it won’t spoil the present.
21.  No one is in charge of your happiness except you.
22.  Realize that life is a school and you are here to learn.   Problems
        are simply part of the curriculum that appear and fade away like
     algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23.  Smile and laugh more.
24.  You don’t have to win every argument. Agree to disagree.

KOLOKIUM KESEDARAN KEPENTINGAN PENYELIDIKAN

Picture19Selasa, 16 Jun 2009, Unit Inovasi dan Penyelidikan Politeknik Seberang Perai dengan kerjasama Unit Latihan dan Pengajian Lanjutan telah menganjurkan Kolokium Kesedaran Kepentingan Penyelidikan di Politeknik dan Kolej Komuniti Peringkat Zon 2 Negeri Pulau Pinang. Majlis tersebut didakan di Dewan Kuliah Utama PSP, dan dihadiri oleh bebrapa buah Politeknik dan Kolej Komuniti lain dari cawangan Zon utara.

Tujuan Kolokium ini diadakan ialah untuk :

I. Menjelaskan dan memupuk konsep penyelidikan dan inovasi.

ii. Membudayakan aktiviti  penyelidikan di Politeknik dan Kolej Komuniti.

iii. Menekankan sumbangan penyelidikan terhadap merit dan pencapaian institusi.

iv. Meningkatkan kualiti pendidikan yang menyumbang kepada pencapaian misi JPPKK

Majlis kolokium yang bermula pada 9.00pagi itu telah disampaikan oleh dua orang penceramah iaitu  Dr. Abdul Rahim Ahmad Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Prof Dr. Rozhan Mohammed Idrus dari  Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia .Picture8

KURSUS “FINISHING SCHOOL-BUILDING WIRING”

Oleh: Nasrolayuze Bt. Md Saad

Picture18Satu kursus anjuran bersama Unit Latihan Lanjutan (ULPL) Politeknik Seberang Perai dengan CIDB telah diadakan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik pada 15 Jun 2009 hingga 3 Julai 2009. Seramai lebih kurang 20 orang perserta kursus telah mengambil bahagian di mana ia terdiri daripada lepasan pelajar politeknik. Penceramah kursus semuanya adalah merupakan pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dimana ia terdiri daripada En. Chung Boon Chuan, Pn. Misida Binti Senon, En. Hairulanuar Bin Rosman, En. Mohd Rizal Bin Hussain,En.  Mohd Sazali Bin Ismail, dan En. Khairol Adha Bin Ahmad yang mana kesemuanya mengajar untuk Teori dan Amali, manakala bagi Penceramah Kursus yang mengajar Amali sahaja, ia terdiri daripada Pn. Faizah Binti Utar @ Mokhtar, En. Muhammad Majdi Bin Saad dan En. Mohd Kamal Ariffin Bin Zakariya

PROGRAM PENTAULIAHAN PROFESIONAL (3P)

Oleh: Nasrolayuze Md Saad

Picture15Program Pentauliahan Profesional (3P) adalah program kerjasama antara JPPKK dengan Syarikat Prestariang yang menawarkan program profesional yang berkaitan dengan bidang komputer. Program pada sesi ini telah bermula  pada 13 Jun 2009 hingga 4 Julai 2009 yang melibatkan penggunaan 10 buah makmal di JKE, JMSK dan JPA. Program ini juga telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Politeknik iaitu Tuan Hj. Mokhlis bin Jaafar pada 19 Jun 2009 lalu di Dewan Kuliah Utama Politeknik Seberang Perai. Turut hadir didalam Mjlis Perasmian tersebut adalah pegawai-pegawai daripada JPPKK dan Pestariang.

En. Husaini Aza Bin Mohd Adam selaku koodinator program yang dibantu oleh En. J. Sam B. Hamidon bersama AJK yang lain telah berusaha bagi memastikan kelancaran program ini sepanjang ia dijalankan. Objektif utama program 3P ini ialah adalah untuk memberi nilai tambah ’added velue’ kepada pelajar bidang komputer dan sebahagian bidang kejuruteraan sebelum mereka menamatkan  sijil dan diploma di Politeknik dan Kolej Komuniti masing-masing. Oleh yang demikian program ini hanya ditawarkan kepada pelajar semester 6 bagi kursus diploma dan semester 4 bagi pelajar diperingkat sijil. Namun ia juga terbuka kepada pensyarah yang memiliki asas CCNA . Selain itu antara kursus-kursus yang ditawarkan di sepanjang program ini dilaksanakan ialah kursus CompTIA, CompTIA N+, CCNA, Flash dan Dreamweaver. Seramai 194 peserta telah menyertai program ini dimana ia temasuklah 24 orang pensyarah yang mempunyai asas CCNA.Picture16

MALAM PRA-GRADUAN SESI JANUARI 2009

Oleh:  Sabrina

Picture1324  April 2009 merupakan tarikh yang telah dipilih oleh Unit Koordinasi Pelajar Dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar JKE untuk menganjurkan majlis perpisahan pelajar semester akhir iaitu Malam Pra Graduan akan yang dilangsungkan tiap-tiap semester. Kali ini majlis ini telah pun dilangsungkan di Kulim Golf Resort, KULIM. Majlis yang bertemakan RETRO menghangatkan lagi suasana perjalanan malam pra graduan kali ini. Dirasmikan oleh En Husaini Aza bin Mohd Adam Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan pantun-pantun yang mencuit hati memeriahkan majlis yang telah dihadiri oleh seramai 28 orang pensyarah dan pelajar semester akhir. Para hadirin telah menjamu selera dengan menu yang telah disediakan sambil dihiburkan dengan 2 nyanyian solo para pelajar dan persembahan tayangan video oleh pelajar audio video digital. Selain itu majlis juga telah meraikan pelajar yang telah menang dalam pertandingan projek terbaik jabatan. Picture14Tidak lupa, malam pra graduan kali ini juga telah mengadakan acara cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati kepada barisan Penasihat Akademik pelajar semester akhir. Penagrah program amat berpuas hati dengan sambutan dan kelincinan perjalanan malam pra graduan kali ini. Harap kenangan malam pra graduan akan menempatkan diri di hati setiap orang yang hadir pada malam tersebut. Majlis ini telah berakhir pada pukul 11.00 malam.

JAMUAN PERPISAHAN PELATIH UTHM

Oleh: Nasrolayuze Md Saad

Tanggal 19 Jun 2009, Satu jamuan perpisahan untuk meraikan pelatih UTHM yang telah tamat menjalani latihan mengajar di JKE telah diadakan di Kantin PSP, pelatih berkenaan ialah Cik Siti Norhazlina bt. Shafie dan Cik Noor Akmalun Nisa’ Bt. Man. Majlis turut menyampai cederahati sebagai tanda kenangan kepada pelatih yang disempurnakan oleh Ketua Jabatan kejuruteraan Elektrik iaitu Pn. Norbaini Bt. Zakaria. Selain itu Jamuan ini juga bertujuan untuk meraikan staf-staf JKE yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana di USM pada awal Julai 2009 ini. Disamping itu, tidak lupa juga kepada staf JKE iaitu En. Shaiful Hanif Bin Mat Din diatas pemergian ibunya yang tercinta turut disampaikan wang Khairat Kematian sebanyak RM150.00 daripada Kelab Kabajikan JKE/JTMK yang disampaikan oleh Pn Norbaini bt. Zakaria dan majlis berakhir lebih kurang 5.15 petang

MAJLIS JAMUAN KHAS BUAT KETUA JABATAN

Oleh : Nasrolayuze bt. Md Saad

Picture1122 Mei 2009 satu majlis jamuan yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan JKE/JTMK telah diadakan bagi meraikan kehadiran KJ bagi kedua-dua jabatan berikut iaitu En Mamsin bin Anor Kassim (Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan Pn Norbaini Binti Zakaria (KetuaJ Jabatan Kejuruteraan Elektrik). Majlis tersebut telah diadakan pada sebelah petang iaitu selepas mesyuarat jabatan berakhir. Selain meraikan kedatangan Ketua Jabatan baru, Majlis ini juga adalah sebagai tanda terima kasih buat  mantan-mantan Ketua Jabatan iaitu En. Mohd Kamal Ariffin Bin Zakariya (Mantan KetuaJ Jabatan Kejuruteraan Elektrik) dan En. Husaini Aza bin Mohd Adam (Mantan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang telah banyak menyumbangkan tenaga serta idea-idea  kepada jabatan dan bekerja keras bagi memastikan kecemerlangan jabatan masing-masing. Majlis telah dipengerusikan oleh En. Mohd Rizal din Husin dan diserikan dengan pemberian cederahati sebagai tanda selamat datang buat Ketua Jabatan baru serta sebagai ucapan Terima Kasih buat Mantan Ketua Jabatan dan jamuan berakhir pada 5.00petang.Picture12