KEJOHANAN BADMINTON JKE/JTMK

Oleh: Pn. Siti Aminah Mohd Radzi

Kejohanan badminton JKE JTMK  telah berakhir di DSM PSP pada 10 Februari 2010  lalu. Pemain terdiri dari staf lelaki iaitu dari kumpulan SUPER dan PERDANA telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Pada masa tiga minggu, pemain dapat menimba banyak pengalaman berguna daripada perlawanan tersebut, di samping lebih mengenali kemampuan lawan yang telah  ditemui dalam gelanggang saingan.

Pemain  kelihatannya bersunggguh-sungguh untuk menewaskan pihak lawan. Ini dibuktikan dengan kesungguhan mereka bersaing sehingga ada yang mengalami kecederaan ringan. Wakil editor mengucapkan  semoga cepat sembuh buat En. Mohd Najib disebabkan kecederaan yang agak serius menimpa beliau semasa permainan pada pusingan semi final. Selain kecederaan yang di alami staf mereka juga menyatakan bertambahnya keyakinan kepada diri sendiri, serta  mengetahui lebih dalam tentang kemampuan lawan dan kemampuan sendiri. Yang paling penting ialah, acara ini membolehkan mereka lebih menyedari sebarang kekurangan diri juga menambah semangat serta kekeyakinan untuk menang.

Keputusan akhir dalam kejohanan badminton JKE JTMK ini , pasukan PERDANA diwakili  Sazali/Azizul ditewaskan oleh Hairul Anuar/Rashid. Manakala juara bagi pasukan SUPER dimenangi oleh Tn.Syed/Kamarulzaman menewaskan J Sam/Sazali Husin. Tahniah dan syabbas kepada semua yang telah menunjukkan semangat kesukanan terutama  pemenang yang telah berjaya merangkul kejayaan.Bagi pemain yang tewas jangan putus asa cuba lagi di lain masa.

  

KURSUS TEAM BUILDING TASIK KENYIR

Oleh : Nasrolayuze Md Saad

Satu kursus Team Building di Tasik Kenyir , Terengganu yang melibatkan staf di JKE/JTMK bersama Unit Sukan PSP telah diadakan pada 04 Januari 2010 hingga 08 Januari 2010 lalu. Antara staf yang terlibat ialah, En. Chung boon chuan selaku fasilitator dari JKE, En.  Mohamad Lotfi b. Yaakob dan En. Abdul Majid bin  Udin selaku fasilitator dari  Unit Sukan & Ko-Kurikulum  PSP. Manakala En. Mohd Hafaif b. Murad pula adalah selaku fasilitator dari JKM. Seramai 6 orang staf dari JKE/JTMK telah terpilih sebagai peserta kursus, mereka adalah teridi daripada En. Muhammad Majdi bin Saad, En. Mohd Sazali bin Ismail, En. Shaiful Hanif bin Mat Din, En. Mohd Abdullah Sahirah bi Junoh, Tn. Syed Adnan bin Syed Othman,En.  Hairulanuar Bin rosman, En. Jasni bin Mohd Yusoff dan  En.Azman Bin Ahmad.  Dalam kursus yang berlangsung selama lebih kurang 5 hari itu pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah LDK atau “Latihan dalam Kumpulan “ yang banyak menguji minda dan fizikal setiap peserta yang terlibat. Bagi peserta yang gagal, mereka dikehendaki  membuat semula latihan tersebut. Selain itu mereka juga didedahkan dengan aktiviti memancing iaitu belajar cara-cara dan teknik yang betul  dalam memancing dan seterusnya samua peserta diuji dalam pertandingan memancing pula. Serusnya  para peserta juga diajar cara untuk membaca compass dan disertai juga dengan aktiviti “jungle tracking”. Satu lagi pengisian kursus ialah program ikthar hidup dimana semua peserta didedahkan dengan menyediakan keperluan makan sendiri didalam hutan tanpa diberi sebarang bekalan makanan & minuman serta peralatan asas. Oleh itu diakhir kursus ini semua peserta dapat mengikuti aktiviti yang dilakukan dengan sempurna dan amat berjaya.

KURSUS PERALATAN ADVANCE TELECOMUNICATION TRAINER FASA II

Oleh : Nasrolayuze Md Saad

Kursus  untuk Fasa I telah diadakan pada 2009 dimana peserta kursusnya adalah terdiri daripada Pn. Faizah Bt Utar@Mokhtar, En Mohd Syahrizad B. Elias dan Pn Zainab Bt. Yusof . . Kursus Peralatan Advance Telecomunication Trainer Fasa II pula telah diadakan di Global business Park ,Seksyen 19, Petaling Jaya, Selangor.  Kursus yang dibahagikan kepada  2 siri itu telah bermula pada  4 Januari 2010 hingga 8 Januari 2010 bagi siri-1. Manakala untuk siri-2 pula ia diadakan pada 18 Januari 2010 hingga 22 Januari 2010 dimana ia disertai oleh  En. Mohd Syahrizad B. Elias ,En. Abdul Rashid Alias, En. Shaiful Hanif Mat Din, En. Nor Alam Mahmud, Pn Aidawati Zakaria dan Cik Norisniyati Abdul Hamid. Kursus tersebut juga merupakan anjuran daripada Sektor Pengurusan Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian TInggi Malaysia.  Kursus yang mendedahkan tentang penggunaan peralatan-peralatan Telecomunication terkini yang diimport dari Korea itu adalah bertujuan  bagi memudahkan proses P&P yang akan dilaksanakan di setiap politeknik yang berkenaan dimana kursus ini telah dikendalikan sendiri oleh pembekal  peralatan tersebut iaitu Galaxy Group Sdn.Bhd. Sebanyak 8 buah politeknik telah tepilih untuk menjalani kursus berkenaan, ia terdiri daripada Politeknik Kota Bharu (PKB), Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’zam Shah (POLIMAS), Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PMSZA), Politeknik Tuanku Syed Sirajudin (PTSS), dan Politeknik Seberang Perai (PSP).

 

Kursus Packet Tracer 5.1

Kursus Packet Tracer 5.1 anjuran LPL yang diadakan di makmal E06 telah berlansung pada 22 Januari 2010 yang bermula dari 8.30pagi hingga 5.00petang. Kursus yang melibatkan seramai lebih kurang  7 orang  peserta yang terdiri dari pensyarah JTMK itu telah dikendalikan oleh En. Mohd Syahrizad bin Elias selaku pencerah kursus pada hari berkenaan. Antara peserta kursus yang terlibat ialah Pn. Anis Mardiyah Azroai, En Mohamad Azuan Arshad, Pn. Masliza Maskin, Noor Azleen Mohd Noor, Pn. Saw Bee Fong, En. Azman Ahmad dan Pn Ezzatus Syima Azizan.  Dalam kursus tersebut para peserta kursus telah didedahkan dengan teknologi rangkaian iaitu cara bagimana utk membuat simulasi rangkaian dengan menggunakan Software Packet Tracer 5.1.

Oleh : Nasrolayuze Md Saad

Kursus Proteus 7 Profesional

 

Oleh : Nasrolayuze Md Saad

24 Februari 2010 satu kursus Proteus 7 Profesional telah diadakan di makmal E02. Kursus yang bermula dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang itu telah melibatkan lebih kurang 25 orang peserta. Kursus anjuran Unit LPL Politeknik Sebrang Perai ini dengan  berbesar hati telah menjemput En. Husaini Aza B Mohd Adam sebagai penceramah kursus. Kursus ini mendedahkan tentang penggunaan perisian untuk membanggunkan litar PCB dengan lebih mudah tanpa banyak melakukan ‘error’ dalam merekabentuk litar PCB. Software berkenaan juga boleh digunakan untuk membuat simulasi dan mengukur nilai voltan dan arus pada point yang dikendaki apabila litar siap direkabentuk. Oleh yang demikian ia memudahkan setiap pengguna dalam merekabentuk litar tanpa melakukan  kesilapan (error) dalam membuat litar PCB projek.

MINGGU SUAL KENAL JKE /JTMK 2010

Oleh : Pn Nasrolayuze Binti Md Saad

Jumaat, 15 Januari 2010 satu Program Minggu Suaikenal Peringkat Jabatan JKE/JTMK telah diadakan. Program bermula pada 8.15 pagi dengan Taklimat daripada Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik di Dewan Kuliah Utama (DKU) dan di Dewan Kuliah Elektrik (DKE) bagi JTMK untuk semua pelajar baru  . Program diteruskan lagi dengan taklimat daripada Unit Disiplin, Unit Psikologi & Kerjaya jabatan dan Unit Pendaftaran & Carry Modul masing-masing bagi tujuan pembahagian kelas. Setelah selesai sesi taklimat, semua pelajar telah dibawa ke jabatan bagi sesi memperkenalkan jabatan yang dikendalikan oleh En. Sazali Husin dan En. Mohd Sallehin Abas. Pada sebelah petang iaitu setelah selesai solat jumaat semua pelajar dikendaki berkumpul di perkarangan JKE/JTMK bagi tujuan pembahagian kumpulan bagi melaksanakan aktiviti gotong-royong peringkat jabatan yang dikendalikan oleh Pn Misida Senon (JKE) dan Pn. Norazizom Mohd Nor (JTMK). Program diakhiri dengan sedikit jamuan dan minum petang pada 5.00 petang.

 

LAWATAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BATU LANCHANG

Oleh : Pn. Zainab Bt Yusuf

02 Februari 2010, seramai 42 orang pelajar kursus Elektrik dan Elektronik (matapelajaran aliran vokasional) dan 5 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang, Pulau pinang telah mengadakan sesi lawatan ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mendapat pendedahan mengenai institusi pendidikan tinggi yang ditawarkan kepada pelajar selepas mereka menamatkan persekolahan kelak.

Di antara aktiviti yang disediakan oleh pihak Jabatan Kejuruteraan Elektrik ialah sesi taklimat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang disampaikan oleh Encik Segar a/l Rajamanickam bertempat di  Dewan Kuliah JKE, sesi lawatan bermula di Makmal Teknologi Elektrik, Makmal Elektronik, Makmal Komunikasi Data, Bengkel Pendawaian dan Bengkel Projek. Sesi lawatan ke makmal dan bengkel tersebut telah diiringi oleh Encik Jasni, Puan Norherlina dan Encik Hafiz. Selain itu, kerjasama daripada pensyarah-pensyarah yang menjadi penyelia makmal dan bengkel juga begitu memberangsangkan dalam memberi taklimat berkenaan dengan makmal dan bengkel masing-masing. Semoga usaha-usaha sebegini akan berterusan dalam memartabatkan pendidikan sepanjang hayat.

KURSUS 3P (CCNA)

Pada 4 Januari hingga 22 Januari 2010 lalu, kursus 3P (Program Pertauliah Profesional) telah berlangsung di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ,Shah Alam (PSA). Program yang mengambil masa lebih kurang 3 minggu itu telah menawarkan kursus berkaitan dengan CCNA (Cisco Certified Network Associate). Antara staf JKE yang terlibat dengan kursus 3P itu adalah En.Jsam B Hamidon ,Cik NurAlina Zureen Bt Rosli dan Cik Norhanida Bt Ahmad. Program 3P ini adalah merupakan anjuran daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM).
Oleh : Nasrolayuze Md Saad

LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGAMBILAN GULA

Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.

Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.

Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.

Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.

Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar (menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi.

Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu dihentikan. Ini kerana apabila kita makan (khususnya makanan mengandungi karbohidrat), ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan, sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.

Dalam kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan yang lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.

 

What is HDL and FPGAs?

Hardware Descriptive Language (HDL) and Field Programmable Gate Arrays (FPGAs) devices allow designers to quickly develop and simulate a sophisticated digital circuit, realize it on a prototyping device, and verify the operation of its physical implementation. Large and complicated digital circuits can be incorporated into hardware by using Verilog, a hardware description language (HDL). Hardware Description Languages such as Verilog are particularly well suited for designing with programmable logic devices.

Hardware Description Language
The world of digital design is changing quickly. Nowadays, devices are becoming faster, use larger numbers of gates, and are physically smaller. It is not practical for the mainstream designer to create systems on chips with schematics (how would you like to deal with a 1,000-page schematic?). Now we have programmable devices with millions of real ASIC gates in tiny packages, so Hardware Description Languages like VHDL and Verilog HDL have come into their own.
The concept of a Hardware Description Language (HDL) was born from the necessity of bringing the worlds of hardware and software back together again. Vendors were looking for a computer language to document electronic systems with the aim to support the state of the art in silicon-based technology. They wanted the design descriptions to be computer readable and executable.
There are two dominant HDLs, known as VHDL(VHSIC-Very high Speed Integrated Circuit HDL) and Verilog. Both has its own advantages and disadvantages. Verilog is easy to read/write and understand as it is similar to C language and most of design centers (fabrication house) in Malaysia uses Verilog, but overall design codes has to undergo a few optimization step to suit the design criteria. As oppose, VHDL is more complicated and difficult to learn, it requires more coding rules to follow and produce longer codes (2X) for the same design using Verilog but it can reflect real design more efficiently and less optimization required to achieve target design specification.

FIELD PROGRAMMABLE GATE ARRAYS(FPGAs)
Higher density Programmable Logic Devices, including Complex PLDs (CPLDs) and Field Programmable Gate Arrays (FPGAs), are microcontrollers that can be used to integrate large amounts of logic in a single IC. Devices such as CPLDs and FPGAs were developed to follow the criteria that in order to upgrade or improve the performance and capabilities of an electronic system, only the devices themselves should be reprogrammed with new instructions and parameters to fulfill the new demands of that system. Xilinx is world’s leading innovator of complete programmable logic solutions and also the inventor of the Field Programmable Gate Array. Field Programmable Gate Arrays (FPGAs) are programmable semiconductor devices that are based around a matrix of configurable logic blocks (CLBs) connected via programmable interconnect. As opposed to Application Specific Integrated Circuits (ASICs) where the device is custom built for the particular design, FPGAs can be programmed to the desired application or functionality requirements.