Motivasi

HARI PERSEMBAHAN PROJEK PELAJAR

2 –  3  November 2009, Unit pengurusan Projek Pelajar telah menganjurkan hari persembahan projek pelajar semester akhir. Seperti yang telah menjadi kebiasaan  hari persembahan projek pelajar yang berlansung hanya 1 hari akan memilih perojek-projek yang baik dan berkualiti untuk menyertai pertandingan projek ke Program Edufest yang akan berlangsung pada 4 November 2009. Pertandingan projek terpilih  diperingkat jabatan  telah berlangsung pada  3 November. Semua hakim-hakim yang dilantik merupakan pensyarah yang pakar dalam bidang elektronik  (JKE) dan pembangunan system( JTMK). Menurut Encik Majdi selaku penyelaras projek JKE,  terdapat peningkatan dari segi kualiti projek yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar. Walaubagaimanapun  kuantiti yang dihasilkan masih  ditahap yang minima. Beliau mangharapkan pelajar dan penyelia boleh bergabung idea untuk melonjakkan lagi kuantiti projek-projek yang berkualiti diperingkat jabatan. Berdasarkan penilaian oleh hakim, berikut merupakan pemenang pertandingan projek pelajar :

KATEGORI DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)

KEPUTUSAN TAJUK PROJEK NAMA PENYELIA PROGRAM
SAGUHATI SMART SECURITY ALARM MOHD RIZAN B. AHMAD HUSIN EN NOAZRI  PTK6A
MOGANAKUMAR A/L SUBRAMIAN
KETIGA SMART CAGE MOHD SHAHIR B. AHMAD PUAD CIK NUR ALINA PTK6A
MOHD HANAFI B. MD GHAZALI
KEDUA SMART SECURITY SYSTEM HASANUL FIKRI B. FATHIR @ FADZIL EN JASNI DTKS
NORKHAIRULLIZA BT ADNAN
PERTAMA AUTOMATIC HANDWASH SYSTEM MOHD SYAZMIN BIN MIDIN EN ABU SEMAN DTK 6
MUHAMAD HUSAINI B AZIZAN

KATEGORI SIJIL KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

KEPUTUSAN TAJUK PROJEK NAMA PENYELIA PROGRAM
SAGUHATI AUTOMATIC DUSTBIN MUHAMMAD FAIZAL BIN YUNUS PN NORAINI SKE4B
MUHAMMAD FAIZUL BIN ABD RAHIM
KETIGA SMART HOUSE HEAT TEMPERATURE ALARM MUHAMMAD ZULFAHIM BIN ZAIDI EN ABDULLAH SAHIRA SKE4B
MOHAMAD AKMAL UZAIDIN BIN ZAINUDIN
KEDUA LIGHT ALARM DETECTOR KHAIRIL AFZAL BIN ROZALI PN NURHIDAYAH JAMALUDIN SKE4A
MUHAMMAD ALIFA BIN ALI
PERTAMA POWER AMPLIFIER ABDUL MUIZZ BIN HUSIN PN CHE FAUZIAH SKE4A

Seminar Dan Pertandingan 3rd Malaysia FIRA Cup 2009, JPPKK

Oleh: Rooszana A.Rahman

 Seminar dan Pertandingan 3rd Malaysia FIRA Cup 2009 anjuran JPPKK telah berlangsung dengan meriahnya di Politeknik Port Dickson bermula pada 7hb November 2009 yang lalu.  8 buah politeknik yang terlibat telah mengambil bahagian dengan membawa pasukan Robot Soccer masing-masing dengan 12 wakil dari politeknik lain sebagai pemerhati.  Pertandingan yang berlangsung dengan sengit ini telah menampakkan kemajuan di kalangan setiap wakil politeknik dari segi kawalan robot dan penyelenggaraan semasa perlawanan dijalankan.  Namun begitu, nasib lebih menyebelahi Politeknik Kuching Sarawak setelah diumumkan johan diikut oleh Politeknik Ungku Omar selaku naib johan. Seminar yang berlangsung juga banyak mengenengahkan topic-topik yang menarik hasil kajian yang dilakukan.  Encik Sazali Hussin selaku wakil PSP telah membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk “Xbee as a tool in robot soccer communication”, telah mendapat komen yang positif dari Jawatankuasa FIRA dan politeknik-politeknik lain. Selain itu, PSP juga telah mengambil bahagian dalam pameran dengan membawa beberapa model robot seperti humanoid dan penguin yang telah di program untuk melakukan pergerakan yang tertentu dan beberapa hasil projek pelajar seperti robot line follower.

Hal Ehwal Staf

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran( Nov-Dis 09)

Selamat ulang Tahun Perkahwinan Nov-Dis 09

Berita aktiviti Nov- Dis 09