Kejohanan Ping-Pong Tertutup PSP 2009

Pada 31 Oktober 2009 (Sabtu) satu kejohanan ping-pong tertutup PSP telah dianjurkan di Kompleks Sukan PSP. Menurut AJK Pertandingan En. Kamil Zahari dari JKE, bilangan penyertaan di kalangan staf serta pelajar-pelajar PSP pada tahun ini meningkat mendadak berbanding tahun sebelumnya.Bilangan penyertaan yang memberangsangkan ini lantas menyangkal dakwaan bahawa sukan ping pong adalah sukan yang sentiasa dipandang enteng serta tidak diberi perhatian adalah tidak benar malahan tidak berasas sama sekali.
Kejohanan kali ini hampir keseluruhannya telah dikuasai oleh JKE khususnya dalam kategori staf lelaki & perempuan. Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada En. J.Sam dan Pn. Junainah kerana telah menjadi johan seterusnya mengharumkan nama JKE di persada PSP.Persembahan memukau daripada staf-staf JKE ini diharap akan dicontohi oleh staf lain dalam kejohanan pada tahun-tahun akan datang.Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang yang lain.

Berikut merupakan keputusan rasmi Kejohanan Ping-Pong Tertutup PSP 2009 yang dikeluarkan oleh urusetia kejohanan.
STAF LELAKI
JOHAN – EN. J SAM BIN HAMIDON
NAIB JOHAN – EN. OMAR MOKHTAR BIN ABDUL KARI
KETIGA – EN. AHMAD FADZIL BIN ISMAIL

STAF PEREMPUAN
JOHAN – PN. JUNAINAH BINTI ABD. KADIR
NAIB JOHAN – PN. CHE FAUZIAH BINTI ADAM

PELAJAR LELAKI

JOHAN – IZMIN SYAFIQ B. MUHAMMAD – 10DJL06F531
NAIB JOHAN – AHMAD IFTYAZANI BIN ZAMBERI – 10DCS09F1067
KETIGA – AMIR BIN ARIFFIN – 10DTP08F1042

PELAJAR PEREMPUAN
JOHAN – CHUAH WEE NEE – 10DIP08F2017
NAIB JOHAN – LEOW PEI JUN – 10DAT09F1078
KETIGA – NUR SYAFAWATI BINTI MANSOR – 10SIT08F2028

Pemenang – pemenang yang disenaraikan diatas seterusnya akan mewakili PSP ke Kejohanan Sukan Politeknik dan Kolej Komuniti (SUPKOM) 2009 pada 19-22 Disember 2009. Bersama-samalah kita doakan untuk kejayaan mereka pada Kejohanan tersebut nanti. Majulah sukan untuk PSP.

Wartawan Sukan
Mohd Abdullah Sahira b. Junoh
UISA JKE

Advertisements

HAL EHWAL STAF

Picture36

RESEPI

Arnab Masak Merah

Bahan:

1 kilo daging arnab – digoreng ½ masak
1 kotak santan

Bahan A:
6 tangkai cili merah)
2 batang serai )
2 labu bawang besar )
2 ulas bawang putih ) dikisar halus
1 inci halia )
1 inci lengkuas )

Bahan B:
½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
½ cawan kismis
Mixed vegetable
2 helai daun kunyit

Sedikit minyak, garam dan gula

Hiasan:
Daun bawang/sup

Cara membuat:
Bila wangi, masukkan bahan B.

Bila bahan B sebati dan sedikit masak, masukkan arnab yang telah 1/2 masak.

Masukkan daun kunyit dan santan.

Bila didih, masukkan mixed vegetable.

Masukkan kismis, garam, gula secukup rasa.

Bila telah naik minyaknya, angkat dan hidangkan dengan ditabur daun sup/bawang.

Boleh dimakan dengan nasi, pulut kuning atau roti.

Picture35

MOTIVASI

Marilah kita bersama-sama menghayati pesanan Dr Fadzilah Kamsah ini sebagai renungan diri saya sendiri & saudara/i sekalian :

“Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria. Ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .”

Mulakan kerja anda dengan ceria

Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja, Maka hasilnya juga adalah “biasa” saja. Manakala sesiapa yang datang dengan ceria, maka hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Justeru, bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.

Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan dari ALLAH. Amin.

Mari kita renung-renungkan perkara ini ;

Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita   

‘TAK DATANG’ kerja langsung.

Ada kala kita rasa kita BUSY giler, tapi rupa-rupanya kita jer yang buat ‘KELAM KABUT’.

Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.

Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya suka MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.

Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita hanya nak MENGADA-NGADA .

Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BO

LEH BUAT ?’

Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhka

reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarny

patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera…tapi manusia tetap manusia..
Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, Tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan … kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti… tapi kalau kita asyik dengki mendengki…Nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..saper suruh.

Renung-renungkanlah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

“Mengkritik tidak bererti menentang. Menyetujui tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”

TAHUKAH ANDA:Khasiat Limau Nipis

Picture22Picture23Picture24Picture29

INFOSIHAT: PALPITASI

Pengenalan
Berdebar-debar juga dikenali sebagai satu keadaan di mana degupan jantung menjadi laju atau tidak teratur. Ia adalah satu keadaan biasa yang kebanyakannya disebabkan faktor seperti tekanan tetapi biasanya tidak teruk/serius. Kebanyakan pengidapnya mengalami keadaan ini sekali sekala dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sekiranya serangan menjadi kerap dapatkan nasihat dan rawatan doktor. Degupan jantung yang cepat dan deras yang biasanya dirasai oleh pesakit sebagai denyutan jantung yang tidak normal.

Tanda dan Gejala
Gejala utama berdebar-debar ialah keadaan di mana kita mengalami perasaan degupan jantung menjadi terlalu laju/kencang hingga menimbulkan rasa tidak selesa di bahagian depan dada. Pesakit juga mengalami rasa degupan jantung menjadi kuat, laju dan berulang-ulang. Berdebar-debar juga boleh terjadi bersama gejala lain seperti pengsan, gangguan emosi, kerap berpeluh, tangan dan kaki menjadi sejuk dan keletihan.

Sebab-Sebab:
Faktor penyebab antaranya:

Kefina (Caffein)
Terlalu teruja
Takut
Tekanan perasaan
Bimbang ( panic attack, panic disorder, generalized anxiety disorder)
Masalah
Selepas senaman berat
Bernafas dengan cepat (Hyperventilation)
Hyperthyrodism (satu pengeluaran hormon tiriod yang berlebihan berpunca dari kelenjar tiriod yang terlalu aktif)
Penyakit jantung
Hypoglycaemia (kekurangan gula dalam darah)
Arrhythmia (Degupan jantun yang tidak teratur)
Anemia
Sebelum putus haid/tempoh masa pra-menopos
Ubatan tertentu
Rawatan
Rawatan bergantung kepada faktor penyebab.

Pencegahan
Pesakit yang mengalami masalah berdebar-debar dinasihatkan mengelakkan pengambilan minuman seperti kopi, teh, coklat, minuman ringan, alkohol dan pewarna makanan. Pesakit perlu diajar bertenang/rehat. Melakukan senaman seperti berjalan pantas, berenang, skiping dan mengayuh basikal.

Pemulihan
Pemulihan bergantung kepada faktor penyebab.

Semakan akhir: 22 April 2008
Sumber:http://www.infosihat.gov.my/koleksi/koleksi.php
Picture20Picture21

Jamuan hari raya aidil fitri

Jabatan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) dengan usahasama kelab kebajikan JKE/JTMK telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada Rabu, 7 Oktober 2009 lalu. Majlis sambutan ini telah diadakan di perkarangan bilik pensyarah bahagian atas. Majlis disempurnakan dengan acara momotong kek oleh Ketua Jabatan JKE dan JTMK iaitu Pn. Norbaini Bt. Zakaria dan En. Mohd Mamsin B. Anor Kassim. Pelbagai juadah telah disediakan mengikut bahagian masing-masing antaranya Nasi Hujan Panas, Lemang, Ketupat, Nasi Impit, Roti Jala, Bihun Sup, Satay, Soto, Bubur Kacang, Aneka biskut dan kek, serta minuman koktail. Selain meraikan kedatangan Syawal, majlis ini juga tidak ketinggalan untuk meraikan staf JKE/JTMK yang baru menerima cahaya mata. Antaranya ialah Pn. Wan Nur Wahidah bt. Hashim, Pn. Nor Winda Bt Ismail, En Salehin B. Abbas, En Jasni B. Yusof, En Hairul Anuar B. Rosman, En Azman B. Ahmad, Pn. Ooi Lin Bee dan En Muhammad Firdaus B. Zolkefli.
oleh: nasrolayuze
Picture19Picture17Picture15Picture16