DIALOG INDUSTRI SEMPENA EDUFEST

Picture128 April 2009 Satu majlis dialog industri telah diadakan di Dewan Seri Mutiara PSP. Majlis di hadiri oleh 4 wakil industri iaitu  Datuk Muhammad bin Ismail, Timbalan Pengerusi Federation of Malaysian Manufacturer,   Cawangan Wilayah Utara;   Encik Shafiee bin Mohd Yusoff,  Training Executive Gelugor Power Station Generation Division,   TNB Pulau Pinang;    Encik Mapis bin Md Jais,  EHS Mapis Consultancy,  Sungai Petani, Kedah;  Encik Mohd Ansari bin Abdul Rahman, Managing Director, Antcorp System   sdn bhd Seberang Jaya, Pulau Pinang. Majlis tersebut telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengarah PSP, Tn Hj Noor Azahan Othman. Moderator adalah Encik Clearence Goh. Banyak persoalan telah dikemukakan termasuk persediaan menghadapi temuduga. Secara keseluruhan panel industri dapat merumuskan pelajar-pelajar politeknik tidak bersedia dari sePicture2gi pengetahuan tentang pekerjaan yang ditawarkan, syarikat dan rupadiri semasa menghadiri temuduga. Mereka juga bersetuju pendedahan softskill boleh membantu pelajar dalam menghadapi temuduga. Dialog ini dapat memberikan pendedahan dan berkongsi pengalaman kepada staf dan pelajar dalam memberi maklumat tentang keperluan semasa industri . Majlis  ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari pihak penganjur kepada wakil industri dan pengarah. Sebelum majlis berakhir, cabutan bertuah turut diadakan. Sebanyak 10 cabutan bertuah telah disediakan.

Advertisements

KURSUS AUTOCAD 3D

Kursus AutoCad 3D telah diadakPicture3an di SIRIM  selama 3 hari bermula pada 14—16 April 2009 dan 21—23 Kursus telah dihadiri  oleh seramai 16 orang staf JKE dan JTMK.Kursus ini telah diadakan  secara 2 kumpulan berasingan iaitu kumpulan 1 pada 14—16 April 2009 dan kumpulan 2 pada 21—23 April 2009. Kursus telah disampaikan oleh Encik Azahari bin Aziz wakil dari pihak SIRIM.  Objektif utama kursus memberi pendedahan rekabentuk lukisan 3D kepada staf terutama kepada pensyarah yang mengajar Rekabentuk Terbantu Komputer 1. Keseluruhannya staf berpuashati dengan kursus yang diadakan .

 

KURSUS PHP & MYSQL

27—28 April 2009, Unit latihPicture2an dan pendidikan lanjutan JKE telah menganjurkan kursus PHP & MYSQL di makmal Hypermedia. Kursusyang dihadiri oleh 8 orang staf itu bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada pembinaan web (HTML). Kursus selama 2 hari itu telah disampaikan oleh Meor Mohd Azreen bin Meor Hamzah pensyarah dari UitM Shah Alam. Secara keseluruhan peserta kursus berpuashati dengan kandungan dan objektif kursus. Adalah dicadangkan kursus peringkat pertengahan dapat diadakan bagi mencapai objektif kursus dengan lebih berkesan.

EDUFEST DAN HARI POLITEKNIK

Picture1Eudufest kali ini mengambil tempat seiring dengan Hari Politeknik yang disambut tiap-tiap tahun pada tanggal 26 April akan tetapi pada tahun ini tarikhnya adalah pada 28 April 2009. Sambutan tahun ini diadakan selepas pelajar semester akhir mempersembahkan kehebatan projek masing-masing di jabatan masing-masing. Aktiviti pada sebelah pagi dimulai dengan senamrobik yang melibatkan pelajar dan kakitangan. Sambutan dari warga PSP sungguh menggalakkan dan sejurus selepas itu majlis perasmian berlangsung dengan meriah dan dirasmikan oleh Y.Bhg Dato’ Mohd Noor bin Md kamaludin, Pengerusi ICT Bumiputera Cluster Pulau Pinang (Techbiz) .Pelbagai gerai jualan telah memulakan operasi seawal 7 pagi juga membantu memeriahkan lagi sambutan Edufest dan Hari Politeknik tahun ini. Selepas majlis perasmian, aktiviti perlawanan sukan diadakan. Malang sekali kehadiran hujan yang tidak disangka sedikit sebanyak mengganggu perjalanan acara sukan yang dijadualkan. Namun acara tetap dijalankan dengan semangat yang ada pada staff. Dalam pada itu, tetamu jemputan telah dibawa melawat ke pameran yang diadakan di kantin PSP. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah dijemput untuk mengadakan pameran. Kehadiran para pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan yang turut serta dalam mengadakan pameran projek pelajar memeriahkan lagi keadaan dikantin PSP. Justeru itu, pelajar semester akhir dari jabatan perdagangan juga telah mengambil bahagian dalam Edufest dengan membuka gerai jualan atas usaha sendiri dengan menjual produk keluaran atas kreativiti sendiri. Kempen derma darah juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana ramai dari kalangan staf dan pelajartelah menderma darah pada hari tersebut bertempat di Dewan Seri Mutiara. Sementara itu, pihak politeknik juga tidak lupa untuk menjemput syarikat-syarikat swasta dan kerajaan untuk mengadakan temuduga pelajar semester akhir bertempat di perpustakaan.

Diet untuk darah jenis A

Picture2Menurut kajian yang dijalankan oleh Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan Picture1gangguan pada saluran pernafasan.

Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Kecundang di Final, Naib Johan Kateogori Teori Individu

28 Mac 2009: Hanya peralatan (Router) yang menjadi penghalang, begitulah yang boleh diungkapkanPicture2 kepada pasukan Politeknik Seberang Perai yang menyertai Pertandingan NetRiders Challenge – Cisco Competition Skills pada 28 Mac 2009 di Universiti Kuala Lumpur. Apabila Router kita tidak mampu menyokong arahan InterVlan routing dan Spanning Tree Protocol (latihan hanya pakai simulator). Pasukan Politeknik Seberang Perai PSP_ISOTOP 2 bermula cemerlang apabila  berjaya tersenarai dalam 10 kumpulan terbaik Ujian Teori (tetapi tidak secemerlang Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin – 2 pasukannya layak ke “Final”, dan memenangi peringkat “Final” – setelah berlatih seminggu dengan PSA) sekaligus melayakkan diri ke pusingan akhir. Hanya ada 2 buah politeknik sahaja yang menyertai pertandingan kali ini (PSP dan PTSS). Pertandingan akhir pula menemukan 10 pasukan terbaik (peringkat Diploma). Tahniah dan syabas buat pasukan PSP kerana bukan sahaja berani menyertai pertandingan malah  berjaya memperbaiki keputusan sebelum ini (belum pernah berjaya menyertai peringkat Akhir). Kejayaan pelajar kita Aizulrizwan Bin Mat Menan (DIP7B) menang tempat kedua Ujian Teori Kategori Individu telah menaikkan semangat Pasukan PSP untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk kecemerlangan di masa akan datang.

Hasil daripada post moterm selepas pertandingan berikut dikenalpasti beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki pada masa akan datang.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan (Mac-April)

Picture6