MSK PERINGKAT JKEJun 2010

Oleh: Zainab binti Ali Taha

Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah mengadakan majlis perjumpaan dengan pelajar baru sesi Jun 2010 pada 25 Jun 2010. Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menerima pelajar seramai 254 orang. Majlis bermula pada pukul 8.15 pagi dimulai dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan dari Ketua Program En. Kamal Ariffin b. Zakariya. Beliau telah memperingati pelajar supaya tidak lupa akan tanggungjawab pelajar iaitu belajar bersungguh-sungguh supaya tidak ada yang kecundang sebelum mendapat diploma. Selain itu juga En. Kamal telah memperkenal staf JKE serta Penasihat Akademik untuk kemasukan para pelajar baru.
Selepas ucapan dari Ketua Program, majlis diteruskan dengan taklimat dari Unit Kualiti yang disampaikan oleh Pn. Nurhidayah Jamaluddin. Dalam taklimat ini beliau telah menerangkan tentang kehadiran pelajar ke kelas dan tindakan akan dikenakan kepada pelajar sekiranya tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu juga pelajar mempunyai hak untuk meluahkan ketidakpuasan hati melalui sistem maklumbalas pelanggan di laman web PSP. Majlis diteruskan dengan Taklimat Peperiksaan yang disampaikan oleh En. Khairol Adha b. Ahmad, disusuli Taklimat Kaunseling dari Pn Azlina bt Abdul Aziz , Taklimat Disiplin dari En. Sazali bin Ismail dan ucapan dari wakil pelajar JKE. Majlis berakhir pada pukul 10.30 pagi, setelah itu sesi pelajar bersama Penasihat Akademik masing-masing sehingga pukul 12.00 tengahari.
Aktiviti diteruskan dengan gotong-royong di peringkat jabatan JKE dan JTMK. Aktiviti dilaksanakan pada pukul 2.45 petang sehingga 4.30 petang. Semua staf jabatan JKE dan JTMK serta pelajar terlibat dalam aktiviti ini. Para pelajar serta staf diagihkan mengikut tempat-tempat yang telah ditetapkan. Tempat-tempat yang terlibat adalah Kelas (BK01 – BK12), semua makmal serta bengkal dan DKE. Semua aktiviti yang dilaksanakan berjalan dengan dengan baik dan lancar.

SOROTAN AKTIVITI DI JKE/JTMK

Kursus PPK di UNIKL

Oleh: Nasrolayuze Md Saad
Satu kursus PPK 01/02 telah diadakan pada 21—25 Jun 2010 lalu di Universiti Kuala Lumpur, Malaysia Spanish Institute (UniKL MSI) cawangan Kulim. Kursus yang bertajuk “ Alat Pengujian dan Komponen Elektronik” adalah dikhaskan kepada pegawai-pegawai Politeknik KPTM sahaja. Seramai 4 orang pensyarah dari JKE terlibat untuk menghadiri kursus tersebut, antaranya ialah Cik NurAlina Zureen Bt Rosli, Cik Norisniyati Bt Abd Hamid, Pn Che Fauziah Bt Adam, dan Pn Latifah Bt. Abdul Aziz.Semua perserta kursus telah diberi penempatan di Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah (PTSB) salama tempoh 5 hari berkursus. Kursus tersebut memberi pendedahan tentang konsep asas keelektrikan, litar arus terusAT) dan arus ulang alik (AU) termasuk system satu fasa dan tiga fasa. Selain itu peserta juga diajar untuk mengukur magnitud elektrik menggunakan peralatan yang sesuai. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh dua orang pensyarah dari UniKL MSI iaitu En Mohd Izwan Binn Mamat dan En. Shaifuladi Bin SHaharudin.

KURSUS ASAS BAIKPULIH ALATAN ELEKTRONIK

Oleh: Nasrolayuze Md Saad
Isnin 14 Jun 2010, satu Kursus Asas Baikpulih Alatan Elektronik telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 14—15 Jun 2010 di Makmal E01. Kursus yang dihadiri seramai 22 orang peserta tersebut telah dikendalikan oleh seorang facilitator berpengalaman iaitu En. NorAlamBin Mahmud. Dalam kursus tersebut semua peserta telah diajar tentang system dan fungsi television. Disamping itu semua peserta turut diajar bagaimana mengesan kerosakan pada system television dan cara-cara untuk membaikpulih semua kerosakkan tersebut..Kursus yang diadakan selama 2 hari itu telah member banyak pendedahan dari segi kemahiran teknikal dan juga teori.

Jamuan Akhir Semester Jan 2010

Oleh: Siti Aminah Binti Mohd Radzi

Pada hari Khamis 27 Mei 2010, bertempat di Jabatan Kejuruteraan Elektrik satu majlis gathering warga staf JKE dan JTMK bersama keluarga dah pun berjaya dilaksanakan. Ianya dianjurkan oleh kelab Kebajikan JKE dan JTMK. Seramai 165 orang warga JKE dan JTMK telah memberi respon untuk hadir pada majlis malam berkenaan. Tapi malangnya, tak semua dapat datang atas urusan peribadi dan sebagainya di saat-saat akhir .Tapi sebahagian yang dating tetap mampu memeriahkan suasana.” BBQ NIGHT” ini dibuat di perkarangan bilik kuliah JKE. Menu yang disaljikan pada malam tersebut ialah ayam panggang/sausage ayam/nasi impit/nasi goring cina/Char Kuey Teow/ Satey(ayam/daging)/laksa/buah-buahan/pudding/ice cream/ABC/Air oren dan teh tarikh.
Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah untuk staf yang mendapat cahayamata dan melangsungkan perkahwinan. Acara ini telah disempurnakan oleh Pn. Faizah. Tidak dilupakan penyerahan kelab kepada pimpinan AJK baru yang telah dipilih secara undian diantara ahli jawatankuasa kelab untuk sesi Jun 2010 ini.Sekalung tahniah diucapkan kepada Pn. Nor Winda dilantik selaku Pengerusi (JKE), En Zulhadi Pengerusi (JTMK), En Noazri (Setiausaha) dan Pn Noraazizom (Bendahari ).
AJK kelab dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu untuk menyediakan meja dan lampu pada malam tu (diketuai oleh EN Tarmizy)sehingga berjaya. Turut tidak dilupakan terima kasih kepada ahli kelab kebajikan iaitu Pn Siti Aminah (Pengerusi JKE), Rashid(setiausaha),lim(bendahari),serta AJK kelab lain (Hazleena,Jamaliah,Shaiful Hanif ,Nur Azizul ,Azman ,Izwan Affendi , J. Sam ,Anis Mardhiyah ,Nasrolayuze,Norasmah,,Rooszana & Sakina) yang sama-sama memainkan peranan penting dalam menjayakan sebarang aktiviti/majlis yang dibuat oleh kelab.

Dokumentari dari Padang Indonesia

Petua Mei-Jun 2010