coretan editor

Selamat melangkah ke semester baru bagi sesi Jun 2010 yang baru bermula pada 21 jun 2010 yang lalu..saya juga difahamkan hampir 200 orang pelajar telah mendaftar di JKE dan begitu juga di JTMK yang menerima hampir 200 orang pelajar mendaftar pada sesi ini. Bagi keluaran Mei-Jun ini pelbagai aktiviti dan peristiwa telah kita lalui…seperti Hari Guru, “Selamat Hari Guru” buat semua para pensyarah di JKE mahupun di JTMK semoga segala usaha kaliah akan diberkati dan dirahmati oleh ALLAH S.W.T….Guru adalah seorang srikandi, berjiwa kental dan sedia menghadapi pelbagai kerenah manusia. Kerana itu saya amat menyanjungi jasa dan bakti seorang guru..bagi saya guru adalah pekerjaan yang mulia. Pekerjaan yang seliputi dengan kesabaran, keberkatan,dan kasih saying. Bukan semua orang mampu menjadi guru. Perjuangan seorang guru ini tanpa mengira masa dan waktu..Selain kita meraikan Hari Guru tidak dilupakan juga kepada kaum hawa yang bergelar ibu..jadi masih belum terlambat rasanya untuk warga Buletin JKE/JTMK mengucapkan “SELAMAT HARI IBU” kepada semua yang bergelar ibu atau bakal menjadi ibu… segala jasa dan pengorbanan kaum ibu tidak akan terbalas oleh kami.. Tidak ketinggalan juga kepada para bapa yang juga turut dirai pada minggu ke-2 bulan Jun yang lalu..dan dikesempatan ini seluruh warga Buletin JKE/JTMK ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan “SELAMAT HARI BAPA” kepada yang bergelar bapa atau yang bakal bergelar bapa..segala pengorbananmu tetap dikenang sepanjang masa….akhirkata sebagai seorang anak hargailah ibubapa anda selagi mereka masih ada..

-nasrolayuze-

Leave a comment