LAWATAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BATU LANCHANG

Oleh : Pn. Zainab Bt Yusuf

02 Februari 2010, seramai 42 orang pelajar kursus Elektrik dan Elektronik (matapelajaran aliran vokasional) dan 5 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang, Pulau pinang telah mengadakan sesi lawatan ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mendapat pendedahan mengenai institusi pendidikan tinggi yang ditawarkan kepada pelajar selepas mereka menamatkan persekolahan kelak.

Di antara aktiviti yang disediakan oleh pihak Jabatan Kejuruteraan Elektrik ialah sesi taklimat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang disampaikan oleh Encik Segar a/l Rajamanickam bertempat di  Dewan Kuliah JKE, sesi lawatan bermula di Makmal Teknologi Elektrik, Makmal Elektronik, Makmal Komunikasi Data, Bengkel Pendawaian dan Bengkel Projek. Sesi lawatan ke makmal dan bengkel tersebut telah diiringi oleh Encik Jasni, Puan Norherlina dan Encik Hafiz. Selain itu, kerjasama daripada pensyarah-pensyarah yang menjadi penyelia makmal dan bengkel juga begitu memberangsangkan dalam memberi taklimat berkenaan dengan makmal dan bengkel masing-masing. Semoga usaha-usaha sebegini akan berterusan dalam memartabatkan pendidikan sepanjang hayat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: