PROGRAM PENTAULIAHAN PROFESIONAL (3P)

Oleh: Nasrolayuze Md Saad

Picture15Program Pentauliahan Profesional (3P) adalah program kerjasama antara JPPKK dengan Syarikat Prestariang yang menawarkan program profesional yang berkaitan dengan bidang komputer. Program pada sesi ini telah bermula  pada 13 Jun 2009 hingga 4 Julai 2009 yang melibatkan penggunaan 10 buah makmal di JKE, JMSK dan JPA. Program ini juga telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Politeknik iaitu Tuan Hj. Mokhlis bin Jaafar pada 19 Jun 2009 lalu di Dewan Kuliah Utama Politeknik Seberang Perai. Turut hadir didalam Mjlis Perasmian tersebut adalah pegawai-pegawai daripada JPPKK dan Pestariang.

En. Husaini Aza Bin Mohd Adam selaku koodinator program yang dibantu oleh En. J. Sam B. Hamidon bersama AJK yang lain telah berusaha bagi memastikan kelancaran program ini sepanjang ia dijalankan. Objektif utama program 3P ini ialah adalah untuk memberi nilai tambah ’added velue’ kepada pelajar bidang komputer dan sebahagian bidang kejuruteraan sebelum mereka menamatkan  sijil dan diploma di Politeknik dan Kolej Komuniti masing-masing. Oleh yang demikian program ini hanya ditawarkan kepada pelajar semester 6 bagi kursus diploma dan semester 4 bagi pelajar diperingkat sijil. Namun ia juga terbuka kepada pensyarah yang memiliki asas CCNA . Selain itu antara kursus-kursus yang ditawarkan di sepanjang program ini dilaksanakan ialah kursus CompTIA, CompTIA N+, CCNA, Flash dan Dreamweaver. Seramai 194 peserta telah menyertai program ini dimana ia temasuklah 24 orang pensyarah yang mempunyai asas CCNA.Picture16

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: