Info Selsema Babi atau Influenza A (H1N1)

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisyharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Selesema Babi atau Swine Flu bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan.  Selesema babi atau Influenza A(H1N1)i yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Wabak ini telah mengorbankan 103 orang di Mexico dan menjangkiti 1500 orang di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke negara ini.

Influenza A(H1N1) adalah penyakit system pernafasan (respiratory) yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus Influenza jenis A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air liur  dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A (H1N1)). Virus ini telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia
Tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

Langkah-langkah Pencegahan

Elakkan penyebaran kuman selesema dengan mengambil langkah-langkah berikut:

Jika anda batuk atau bersin:

* Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan

* Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah

* Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

* Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.

* Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.

* Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

* Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: